D’Arab Cafe – Shah Alam

D’Arab Cafe merupakan restoran nasi arab yang popular di lembah klang telah mempunyai 9 cawangan di seluruh Malaysia antaranya di Shah Alam, Putrajaya, Bangi, Subang Jaya dan Jalan Duta. 4 lagi cawangan mereka akan di buka di sekitar kawasan KL dan Selangor. D’Arab Cafe terletak di Kompleks Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7 (belakang Unisel), Shah Alam.

Macam biasa, kalau makan nasi arab, kalau pergi seorang boleh makan individual plate, kalau pergi 2 – 3 orang atau 4 – 5 orang boleh ambil yang dalam dulang sebab lebih menjimatkan. Orang kata makan dalam dulang ni syok. Jangan risau, di D’Arab Cafe kalau anda tak mahu makan dalam dulang, mereka akan sediakan pinggan sekali.

nasi arab

Nasi Arab bersama Lamb Kabsah dan Roasted Chicken ( RM 34)

Inilah dia Nasi Arab bersama Lamb Kabsah dan Roasted Chicken. Nampak sedapkan? Sememangnya sedap! Roasted chicken pun sedap.Lamb khabsah pun sedap. Kalau tak percaya jom datang cuba sendiri. Nasi ini dihidangkan bersama sup dan sambal ala arab. Sambal arab nampak macam pedas, tetapi sebenarnya masam. D’Arab Cafe beroperasi setiap hari bermula jam 11.00 pagi sehingga 11 Malam.

Screenshot_2015-12-09-23-31-45-414

selamat mencuba  ! 🙂

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s